Pada hari Ahad yang lepas, saya sekeluarga pergi berkelah di Teluk Chempedak. Kami ke sana menaiki kereta.
Saya dan kakak menolong iu mengangkat barang dari bonet kereta. Abang saya membentagkan tikar di bawah sepohon pokok yang rendang. Dalam masa yang sama, saya dan kakak menyusun barang-barang di situ.
Saya,kakak dan abang menyalin pakaian dan meminta keizinan untuk mandi.Selepas saya mandi,saya dan kakak membina istana pasir.Abang dan saya bermain bola.
Ibu memanggil saya,kakak dan abang.Kami sekeluarga menikmati hidangan yang dibawa.Kami makan dengan berselera sekali.Selepas itu saya,kakak dan abang mandi semula.
Saya,kakak dan abang menyalin pakaian.Saya dan kakak bersiar-siar persisiran pantai dan membeli cenderahati sebagai kenangan.
Kami mengemas barang-barang sebelum pulang.Saya gembira dan berharap akan dapat datang lagi ke sini.
No comments:
Post a Comment